Sunday, 10 January 2016

Dan kerana dia

Hai... Kak Sue baru lagi dalam dunia blogging ni, Saje cuba cara baru untuk untuk menintakan curahan rasa, pahit dan manis dalam kehidupan ku yang biasa-biasa sahaja ni. Yang paling penting, Kak Suenak menyimpan kenangan manis sepanjang Kak Sue menjadi ibu kepada seorang anak yang terlalu istimewa... Nur Amanina.

Seindah nama begitu juga orangnya, hampir 12 tahun Nina hadir dalam hidup kami. Kelebihan dia mengajar kami sekeluarga untuk mengenali dunia anak-anak yang mengalami Cerebral Palsy (CP). Walaupun Nina dikategori sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), namun pada kami Nina lebih daripada kami manusia yang biasa-biasa je ni. Dia mampu menghafal  lagu dalam masa yang singkat. Mampu mengkategorikan apa sahaja yang dia suka dengan menggunakan warna dan lagu. Pandai menenangkan hati kami walau kadang-kadang juga menduga kesabaran kami. Tetapi dia lah segala-galanya. Dia yang mewarna hidup kami sekeluarga. Dan kerana dia blog ini dibuka dan kerana dia juga Kak Sue sedang cuba meneroka dunia baru. Sememangnya Allah adalah segalanya bagi Kak Sue dan keluarga, namun bagi Kak Sue Allah anugerahkan Nina untuk memberi kekuatan kepada kami untuk terus maju dan mencuba lebih lagi dari apa yang ada sekarang. 

Dua permata hati Kak Sue... Wani & Nina

Moga Allah merahmati usaha Kak Sue ni. Kak Sue berharap pembaca akan senang lepak-lepak di blog ni. Sambil-sambil kita berkenalan dan juga sambil-sambil kita share idea dan pendapat. Daaa...

XOXO

No comments:

Post a Comment