Monday, 11 January 2016

Monday blues


Nina, my sweetie pie
Hari ni adalah paling sibuk untuk kami, rasanye semua orang same kot. Seperti bulan-bulan yang lepas kami akan bawa Nina ke Hospital Kajang rutin follow up ngan OT (Occupational Therapist). Tapi kali ni mamanye tak dapat ikut sebab it falls on a Monday. Terima kasih cik hubby yang sudi melapangkan masa menemani anak istimewa kami.


Kisah hari ini, terlewat sikit ke pejabat, apa lagi hadapi lah traffic jam yang melampau dari Sg Besi ke Damansara.  Team Japan tak kerja hari ini, dia orang celebrate " Coming of Age Day" yang mana setiap tahun pada hari Isnin kedua mereka akan bercuti untuk menyambut rakyatnye yang berusia 20 tahun pada tahun tersebut. Alhamdulliah, disebabkan team Japan cuti, so relax la sikit. Bolehlah bermalas-malas. You all mesti nak tau, apa kerja Kak Sue kan? Dah 15 tahun bersama company ni.  Bermula sebagai temp admin dan setelah hampir sebulan, Kak Sue diserapkan ke jawatan tetap dan dari situlah kerjaya Kak Sue bermula.  Sehinggalah 15 tahun kemudian, Kak Sue telah diberi kepercayaan mengendalikan staf yang datang dari pelbagai warganegara, mereka datang dari Sudan, Yemen, Palestine, Turki, Korea, Jepun dan semestinya dari Malaysia. Kerja yang seronok, dapat mengenali mereka dan belajar adat resam, sikap positif dan negatif mereka.


Team Japan, Korea & Turkey 
K kita sambung lagi nanti...daa

Kak Sue
XOXO


No comments:

Post a Comment